Monday 29 August 2011

Program Iktikaf Ramadhan 2011

Pada tanggal 19-21 Ramadhan 1432 H bersamaan 19-21 Ogos 2011 (Jumaat-Ahad), telah diadakan Program Iktikaf Ramadhan 2011 bertempat di Masjid Daerah Barat Daya ,Balik Pulau , Pulau Pinang.

Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Malayasia (IKRAM) Negeri Pulau Pinang  ini turut disertai oleh 80 orang pelajar banin SMART, 20 orang guru dan kakitangan lelaki STAIL-SMART, ahli-ahli IKRAM Pulau Pinang, pelajar-pelajar banin SMI Al-Itqan Teluk Kumbar dan masyarakat setempat.

Tuesday 23 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama' STAIL-SMART 2011

Pada tanggal 13 Ramadan 1432 H bersamaan 13 Ogos 2011 , Dewan Millenium Kepala Batas telah dipilih sekali lagi untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama' STAIL-SMART 2011.



Saturday 13 August 2011

Ahlan Ya Ramdhan Al-Mubarak!

Warga Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog ini!Semoga kita menjadi golongan bertaqwa,insya Allah!


Jom Pakat Pi!


Monday 18 July 2011

Suasana Pembelajaran Di Kelas Tahfiz 2 Hussin

Gambar sekitar kelas Bahasa Malaysia oleh Muallimah Zaiton di Kelas 2 Hussin.Di bawah tajuk "Makanan Seimbang",anak-anak berpeluang menyediakan sendiri makanan seimbang mereka..


Kursus Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris

Alhamdulillah..sepanjang bulan Julai dan Ogos 2011, Kolej Komuniti Kepala Batas dengan kerjasama STAIL telah menganjurkan Kursus Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang terbuka untuk orang ramai.Kursus selama 32 jam ini dikendalikan sendiri oleh Ustaz Ahmad Fahmi (Mudir Am STAIL-SMART) bagi Kursus Bahasa Arab manakala Muallimah Wardah (Guru Besar STAIL) bertindak selaku tenaga pengajar bagi Kursus Bahasa Inggeris.Kursus ini telah disertai oleh para guru dan staf STAIL & SMART,para waris dan masyarakat setempat.Semoga kursus ini mampu membantu para peserta untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tuesday 28 June 2011

Kisah Israk Dan Mikraj




ISRAK

perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

MIKRAj

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Saturday 25 June 2011

Pertandingan Futsal SMART 2011

Alhamdulillah , pada hari ini ( Sabtu @ 25/6/2011 @ 8.30-11.00 pagi ) , telah diadakan Pertandingan Futsal Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) 2011 bertempat di gelanggang futsal bersebelahan rumah Dato' Shariff Omar , Tasek Gelugor .

Friday 24 June 2011

Sambutan Ulangtahun Kelahiran! (Aiman Kamil-2 Ali)

Alhamdulillah, pada hari ini (Khamis @ 23 Jun 2011),
telah diadakan majlis kesyukuran dan sambutan ulangtahun kelahiran salah seorang anak murid Muallim Hafiz dari kelas Tahfiz 2 Ali.

Monday 20 June 2011

Friday 10 June 2011

Selamat Menjawab Peperiksaan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...Sempena cuti persekolahan yang masih ada ni, muallim nak ingatkan semua anak-anak STAIL & SMART agar mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) yang akan bermula pada 13 Jun 2011 (Isnin) ni..Jangan lupa mengulang hafazan Al-Quran antum juga ya!Buat yang terbaik!
Jawab sungguh-sungguh ya!

Jangan stress ya!

Usaha + Doa + Tawakal!

Foto Kenangan Hari Sukan STAIL-SMART 2010

Barisan muallim & muallimah selepas selesai Hari Sukan STAIL-SMART 2010 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Bertam , Kepala Batas , Pulau Pinang...

Foto Kenangan SMART

Gambar-gambar pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sewaktu di bangunan lama..


Thursday 2 June 2011

Kursus Kemahiran KRS (MUSLEH)


Muallim Hafiz
Pada 29 Mei - 1 Jun 2011 , telah diadakan Kursus Kemahiran dan Majlis Pentauliahan Komandan & Timbalan Komandan bertempat di Pusat Pendidikan Al-Islah Sungai Petani ,Kedah Darul Aman.

Alhamdulillah , Muallim Hafiz sendiri mengikuti Kursus Kemahiran Kawad Kaki hingga berkilat muka Muallim Hafiz. Selain ana , Muallim Wajdi mengikuti Kursus Based dan Muallim Ezaq Taufiq mengikuti Kursus Bantu Mula . Muallim Hisyam ( Pengetua SMART ) turut hadir menyertai Majlis Pentauliahan Komandan & Timbalan Komandan. 3 orang muallimah , 2 orang banin SMART dan seorang banat SMART juga menghadiri kursus tersebut. Kursus ini turut dihadiri oleh wakil-wakil semua sekolah rangkaian MUSLEH.

( Pose istimewa daripada Muallim Ezaq yang keletihan berkursus )

Sunday 29 May 2011

Taaruf Guru!

Untuk siri taaruf guru yang pertama ini , mari kita berkenalan dengan dua orang muallim yang segak lagi ceria ini :

Muallim Riduwan Yussuf

1.Merupakan Penyelaras Sukan STAIL.
2.Mendapat pendidikan di Madrasah Misbah Al-Falah (Pondok Lanai)
3.Berasal dari Baling,Kedah.Sekarang menetap di Kepala Batas,Pulau Pinang.
4.Hobinya suka membuat kerja-kerja kampung seperti mengutip hasil hutan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah.
5.Status : Single but not available
6.Facebook : Riduwan Yussuf



Muallim Hamzan

1.Merupakan Penyelaras Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH .
2.Mendapat pendidikan di Maahad Tarbiah Islamiah Derang ,
Pokok Sena , Kedah (Maahad Derang)
3. Status : Berkahwin
4. Sekarang menetap di Sungai Ular,Kulim,Kedah.
5.Hobinya suka menunggang motor cross dan menjala ikan.
6.Facebook : Hamzan Mijan


 Pose istimewa untuk seluruh pengunjung blog!

Mesyuarat Agung PIBG STAIL-SMART Kali Ke-7

24 Jamadilakhir 1432 H bersamaan 28 Mei 2011,Sabtu,Surau STAIL-SMART:
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7 telah diadakan bertujuan untuk memuhasabah segala gerak kerja yang telah dilakukan oleh para AJK bagi sesi 2010/2011.

Tahniah diucapkan kepada YDP PIBG 2010/2011-Dr. Wan Mahyuddin dan seluruh jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menyumbang ke arah pembangunan madrasah tercinta ini.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli Bin Haji Yusof-Ahli Lembaga Pengarah MUSLEH yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan Al-Islah Sungai Petani,Kedah Darul Aman.

Di samping itu,saf kepimpinan yang baru telah dilantik dengan diketuai oleh En. Nazri selaku YDP PIBG 2011/2012.

Semoga saf kepimpinan baru akan merancang serta mempelbagaikan lagi usaha dan sumbangan khususnya demi mendapatkan dana/sumber kewangan bagi membangunkan sekolah.Semoga Allah merestui usaha kita!



 Perasmi-Tn Hj Rosli B. Hj Yusof [ Ahli Lembaga Pengarah MUSLEH ]