Tuesday 23 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama' STAIL-SMART 2011

Pada tanggal 13 Ramadan 1432 H bersamaan 13 Ogos 2011 , Dewan Millenium Kepala Batas telah dipilih sekali lagi untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama' STAIL-SMART 2011.





Majlis yang dihadiri seramai 750 orang telah dimulakan dengan persembahan Puisi Istimewa oleh pelajar banat SMART.

Persembahan oleh pelajar banat SMART
Majlis yang diadakan demi menghargai sumbangan dan jasa para ulama' telah diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Mudir Am STAIL-SMART, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Bin Abu Bakar.

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Bin Abu Bakar 
Majlis diteruskan pula dengan ucapan Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah (JPS) STAIL-SMART , Prof Madya Dr Abdul Hadi Bin Abdul Rahman.

Prof Madya Dr Abdul Hadi Bin Abdul Rahman
 Seterusnya,penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin.Para guru dan staf turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak Jemaah Pengurus Sekolah.



Seramai 30 orang anak yatim dan pelajar miskin menerima sumbangan duit raya
Majlis diserikan pula dengan Ucapan Perasmian oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamarudin.

Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamarudin , Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Pihak majlis juga telah berbesar hati menganugerahkan 3 anugerah kepada 3 orang tokoh:

1. Tokoh Hafiz Muda
Adik Muhammad Ersyad Bin Abdullah , Pelajar SMART 4
2. Tokoh Ulama'

Al-Fadhil Ustaz Hamzah Bin Jaafar , Pengetua Madrasah Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah Pondok Padang Lalang

3.Tokoh Ulama' Pondok

Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Hj Abdul Latif , Pengasas Madrasah Rahmaniah Pattani

Sebelum berbuka puasa , para tetamu yang hadir telah diberikan santapan rohani oleh Tokoh Ulama' Pondok , Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul Latif.

Tazkirah oleh Baba Abdul Rahman

Gambar-gambar sekitar Majlis Iftor Bersama Ulama':





































No comments:

Post a Comment