Monday 29 August 2011

Program Iktikaf Ramadhan 2011

Pada tanggal 19-21 Ramadhan 1432 H bersamaan 19-21 Ogos 2011 (Jumaat-Ahad), telah diadakan Program Iktikaf Ramadhan 2011 bertempat di Masjid Daerah Barat Daya ,Balik Pulau , Pulau Pinang.

Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Malayasia (IKRAM) Negeri Pulau Pinang  ini turut disertai oleh 80 orang pelajar banin SMART, 20 orang guru dan kakitangan lelaki STAIL-SMART, ahli-ahli IKRAM Pulau Pinang, pelajar-pelajar banin SMI Al-Itqan Teluk Kumbar dan masyarakat setempat.



Pelbagai aktiviti dan kuliah telah disusun dengan objektif untuk melatih para peserta untuk menghidupkan 10 hari terakhir Ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Mudir Am-Ustaz Ahmad Fahmi Bin Abu Bakar turut serta beriktikaf bersama para pelajar dan turut mengisi slot tazkirah pada pagi Sabtu.

Diharapkan program ini dapat menyemarakkan lagi semangat para peserta untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah serta meningkatkan lagi semangat jihad untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang sebelum bertemu Ramadhan yang seterusnya, insya Allah.

Gambar-gambar sekitar program :





Motor kesayangan Muallim Ezaq Taufik



Che Din bersemangat untuk bersahur

Abang Lutfi (berjubah putih) kelihatan ceria setelah mendapatkan bungkusan makanan sahurnya



No comments:

Post a Comment