Friday 24 June 2011

Sambutan Ulangtahun Kelahiran! (Aiman Kamil-2 Ali)

Alhamdulillah, pada hari ini (Khamis @ 23 Jun 2011),
telah diadakan majlis kesyukuran dan sambutan ulangtahun kelahiran salah seorang anak murid Muallim Hafiz dari kelas Tahfiz 2 Ali.


Beliau yang dimaksudkan ialah Aiman Kamil. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Muallimah Diyana selaku Guru Kelas Tahfiz 2 Ali. 

Muallimah Sofia dan Muallimah Hafzan juga turut meluangkan masa dengan turut serta dalam majlis ringkas yang diadakan semasa rehat pagi. 


Keluarga Aiman Kamil juga telah menyediakan dua biji kek untuk dinikmati bersama seluruh warga kelas Tahfiz 2 Ali. 


Semoga Aiman Kamil menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..



Birthday Boy-Aiman Kamil

1 comment:

  1. sedapnya kek tu..nk jugak sedap nampaknya....heheheh.lawk je la...saja ja...

    ReplyDelete