Wednesday 4 July 2012

Selamat Menjawab SPPIM 2012!






Bermula tanggal 3 Julai 2012 hingga 6 Julai 2012 , seramai 44 orang murid Tahfiz 6 STAIL sedang menduduki Syahadah Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh (SPPIM). SPPIM merupakan peperiksaan utama bagi pelajar-pelajar sekolah rangkaian Ikram-Musleh di seluruh negara.Semua subjek yang dipelajari merangkumi subjek Deeniyyah , Bahasa Arab dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh . Marilah sama-sama kita doakan semoga calon SPPIM STAIL akan memperoleh keputusan Mumtaz insya Allah. Pada tanggal 3 Julai 2012 dan 26 Jun 2012 yang lepas juga, calon-calon SPM SMART 5 telah menduduki Ujian Lisan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Semoga semua calon SPM SMART akan beroleh kejayaan.

No comments:

Post a Comment