Friday 6 July 2012

Hari Perjumpaan Waris STAIL & Kursus Pengurusan Jenazah SMART

Hari ini,6 Julai 2012, telah diadakan Hari Perjumpaan Waris STAIL bertujuan untuk memberikan ruang kepada para waris dan guru bersemuka bagi mengambil keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Peluang ini telah berjaya memberi ruang kepada para waris bagi membincangkan prestasi anak mereka. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya,yang belum berjaya teruskan usaha sebelum menempuh peperiksaan seterusnya.




Pada hari ini juga telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah bagi pelajar banat SMART bertempat di Surau Sementara STAIL-SMART. Para pelajar telah berpeluang mempelajari kaedah dan teknik menguruskan jenazah dengan betul.Sesungguhnya ilmu pengurusan jenazah merupakan ilmu yang penting kepada para pelajar sebagai pendedahan memandangkan tidak ramai yang ahli dalam ilmu tersebut.

No comments:

Post a Comment